TABUNG DARUL SOMAD

Wednesday, 2 January 2013

MENGENAI KAMI


Pusat Pengajian Darul Somad pada awalnya hanyalah sebuah kelas Fardu Ain bagi surirumah  di kariaah Pida 4 Jerlun. Kelas Fardu Ain ini bertujuan bagi memberi tunjukajar dan ilmu kepada kaum wanita khususnya untuk disampaikan kemudiannya kepada anak-anak mereka. 


Pengetahuan Fardu Ain amat penting dalam membina sebuah keluarga yang baik dan faham tuntutan ibadah dalam Islam. Adalah harap saya, anak-anak ini apabila berkeluarga kelak akan dapat membudayakan Islam dalam kehidupan mereka pula. 


Sambutan kelas yang diadakan ini Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik, bukan sahaja dari masyarakat setempat malah di kariah-kariah lain juga. Kelas awal yang disertai tidak sampai 10 orang kini sudah menjadi lebih 150.

Bersama tenaga penceramah yang lain, kami juga mengadakan Kelas Fardu Ain kepada muaalaf yakni saudara baru di PERKIM Jerlun. Kami juga banyak dijemput untuk syarahan agama di sekitar kawasan Jerlun.

Kelas serta ceramah yang kami anjurkan adalah berbentuk sukarela dan tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada semua yang hadir.

Pada hari ini, kami mewujudkan Pusat Pengajian Darul Somad bagi menyusun serta menstruktur proses pengajian agama untuk dewasa. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelasan serta memantau perjalanan, selain kesahihan ilmu yang kami sampaikan.
read more

Monday, 31 December 2012

AKTIVITI


Aktiviti Terkini :

Mengajar saudara baru di PERKIM Jerlun di Surau Siti Aminah Kepala 10. (Saudara baru dari Perkim, Jerlun yang berdaftar lebih kurang 25 orang).

Mengajar agama di Surau Kepala 10 Pida 4, Surau Matang Gelok dan Pondok Matang Nibong.

  Kelas fardhu ain untuk kaum wanita pada setiap hari Jumaat dari jam 8.30 pagi—10.30 pagi.
read more

AHLI JAWATANKUASA


Ahli jawatankuasa Pusat Pengajian Darul Somad terdiri daripada kalangan penduduk kampung dan mereka adalah nadi kepada pusat pengajian ini.
 
PENASIHAT
CHE NAZRAH BT YUSOF

PENGERUSI
 USTAZ HAJI ABD SAMAD BIN YUSOF

TIMBALAN PENGERUSI
HAJI YUSUF BIN HUSEIN

SETIAUSAHA
EN. ABD AZIZ BIN HJ. YUSUF

PENOLONG SETIAUSAHA
EN. MOHD ABID BIN AZHAR

BENDAHARI
HJH. SAUDAH BT YUSUF

AHLI JAWATANKUASA
EN. IBRAHIM B. MAN
EN. ABD AZIZ BIN ISMAIL
HAJI ABU BAKAR BIN SULAIMAN
EN. RAMLI BIN JUSOH

JURUAUDIT
EN. HALIM BIN SALLEH
read more

Thursday, 27 December 2012

GALERI

Galeri ini disediakan untuk para pengunjung melihat aktiviti-aktiviti yang berlaku di Pusat Pengajian Darul Somad








read more

TABUNG DARUL SOMAD


ABD SAMAD B YUSOF
02039010070441 



ABD SAMAD B YUSOF
552086000538

TEL : 012 - 5517275

Bagi memudahkan masyarat setempat selain meninstitusikan Pusat Pengajian kami ini, sebuah dewan kecil dibina atas tanah yang telah disedekahkan oleh Ust Abdul Somad sendiri di Pida 4, Jerlun.

Kos pembinaan setakat ini ditampung melalui sumbangan-sumbangan peribadi dan hasil jualan air minuman. Alhamdulillah dengan pembiayaan tersebut, struktur asas telahpun dapat didirikan. Walaubagaimanapun, dewan ini masih jauh dari siap.
Kami memerlukan RM90,000 bagi menyiapkannya.

Maka, dengan sokongan YB Dato' Hj Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, tabung ini ditubuhkan bagi merayu sumbangan rakyat Malaysia yang cintakan ilmu. Semoga sumbangan yang serba sedikit dari pelbagai pihak akan dapat membina dewan ilmu yang serba sederhana ini.




Semoga sumbangan Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada masyarakat di sini selain membantu kami mendidik serta membimbing sebuah generasi yang berilmu dan berkefahaman.
read more
ottawa suite hotels free yorkies dogs criminal defence lawyer edmonton garage door parts calgary